AllFreePapers.com - All Free Papers and Essays for All Students
Search

Sesetengah Ahli Perniagaan Menyorok Bekalan Minyak Masak Apabila Kedengaran Berita Tentang Kenaikan Harga Minyak (malay)

Autor:   •  November 9, 2011  •  Case Study  •  2,042 Words (9 Pages)  •  1,513 Views

Page 1 of 9

Peniaga

Pada zaman modenisasi ini, dunia perniagaan jadi semakin kompleks dan memerlukan masa, tenaga dan fikiran. Perniagaan adalah suatu kegiatan usaha individu yang terorganisasi untuk menghasilkan dan menjual barangan dan perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan dalam memenuhi keperluan masyarakat. Secara umumnya, kegiatan ini terjadi dalam masyarakat dan industri.

Setiap perniagaan mempunyai matlamat mencari keuntungan untuk kepentingan peniaga. Etika merujuk kepada peraturan sama ada perlakuan itu baik atau buruk. Di samping itu, etika perniagaan juga boleh didefinisikan prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan yang diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan satu set nilai dan peraturan yang merangkumi perlakuan yang baik atau buruk di dalam operasi perniagaan.

Menurut Velasquez (1992), etika perniagaan bererti satu penyelidikan khas tentang moral yang memberi fokus kepada bagaimana piawai moral dapat dipraktikkan dalam melaksanakan polisi institusi dan tabiat perniagaan. Etika perniagaan sangat penting bagi seseorang peniaga yang ingin menjalankan perniagaan pada jangka masa panjang. Manakala menurut Shaw (1996), etika perniagaan ialah kajian tentang ilmu yang memberi hak atau kuasa salah atau benar terhadap tingkah laku manusia dalam hubungan perniagaan.

Tanggungjawab Ahli Perniagaan

Terhadap pekerja

Peniaga haruslah menentukan dasar upah dan gaji dengan mengikut daya pengeluaran dan kecekapan tanpa berat sebelah berkaitan dengan bangsa, jantina, umur dan agama serta hubungan baik relatif atau pihak keluarga. Di samping itu, peniaga juga perlu mengedarkan kerja yang adil kepada pekerja yang sesuai, memberi peluang yang sama rata kepada semua orang yang berkelayakan. Selain itu, mereka perlu memberi jaminan kerja dan ganti rugi yang mencukupi apabila pekerja berhenti, bersara atau tercedera semasa melaksanakan tugas mereka seperti memberikan jaminan selamat dan kesihatan kepada pekerja semasa bekerja.

Terhadap pelanggan

Dari segi pembungkusan, peniaga perlu membuat pembungkusan yang berlabel tentang kualiti & kegunaan produk dengan tepat dan mudah difahami oleh pengguna. Para peniaga juga tidak boleh mengambil untung yang lebih daripada yang sepatutnya serta menjaga mutu dan kualiti barangan. Di samping itu, mereka perlu membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan melalui kejujuran dan intergriti, pemasaran dan pengiklanan yang benar dan tepat. Selain itu, peniaga haruslah memastikan tiada unsur judi, riba, meragukan atau perkara merugikan sebelah pihak. Sebuah perniagaan yang mempunyai etika yang baik ialah tidak mengenakan apa-apa faedah kepada para pelanggannya, bahkan memberikan kemudahan yang bersesuaian kepada pelanggan.

...

Download as:   txt (12.9 Kb)   pdf (150.1 Kb)   docx (14.7 Kb)  
Continue for 8 more pages »