AllFreePapers.com - All Free Papers and Essays for All Students
Search

Temuduga Berstruktur (malay)

Autor:   •  November 8, 2011  •  Case Study  •  2,320 Words (10 Pages)  •  3,267 Views

Page 1 of 10

1) PENDAHULUAN

Temu bual atau temu duga adalah satu wawancara di mana wakil-wakil dari agensi jabatan kerajaan ataupun syarikat swasta yang dilantik untuk bertanya sebarang soalan kepada calon yang terpilih berdasarkan iklan jawatan kosong yang diiklankan untuk pengisian jawatan-jawatan baru di agensi berkenaan. Sesi temu bual itu sering juga dikenali sebagai sesi temu duga bagi mengisi sesuatu jawatan yang kosong di sesebuah agensi yang memerlukan pekerja-pekerja baru. Sesi temu bual ini terdiri daripada calon iaitu mereka yang inginkan pekerjaan dan panel penemu duga iaitu pegawai yang dipertanggungjawabkan menjalankan sesi soal jawab kepada calon.

Dalam konteks temu duga berstruktur pula, ia bermaksud satu temu bual atau temu duga di mana penemuduga akan bertanya satu set standard soalan yang telah disediakan lebih awal dan digubal untuk calon-calon yang bakal ditemu duga. Setiap calon juga akan menghadapi soalan yang sama seperti mana-mana calon lain. Temu duga berstruktur boleh memastikan calon mempunyai peluang yang sama dalam menyampaikan maklumat dan dinilai dengan tepat dan lebih konsisten. Ada juga pihak yang menganggap temu duga berstruktur ini lebih susah daripada temu duga tidak berstruktur.

Terdapat empat jenis bahagian soalan yang sering ditanya untuk temu duga berstruktur ini. Antaranya ialah soalan yang berdasarkan situasi calon, soalan yang berkaitan latar belakang diri calon dan keluarga, soalan mengenai pengalaman kerja calon dan soalan yang berkaitan bidang kerja yang dipohon oleh calon.

Posisi pekerjaan yang dipilih dalam tugasan saya ini ialah jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Malaysia iaitu sebuah agensi jabatan kerajaan yang menguruskan pengambilan jawatan-jawatan baru dalam bidang pendidikan negara dan diletakkan khusus di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja. Mengikut Gary Dessler dan Tan Chwee Huat, pemilihan calon yang layak dan berkaliber adalah penting kerana prestasi sesebuah organisasi jabatan adalah bergantung kepada pegawai-pegawai yang menggerakkannya. Pemilihan calon juga hendaklah dibuat berhati-hati kerana melibatkan kos dan masa manakala perancangan adalah perlu untuk mengelakkan sebarang pembaziran.

2) BERDASARKAN SITUASI

Bahagian pertama ialah soalan berdasarkan situasi calon. Soalan yang berdasarkan situasi ini memerlukan calon untuk memberikan jawapan mengenai apa yang dia akan lakukan apabila berhadapan dengan situasi tertentu sekiranya calon berjaya menjawat jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) ini. Soalan ini memerlukan kebijaksanaan calon untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan tentang jawatan yang dipilih calon. Antara soalan yang sering diajukan adalah seperti iaitu seperti berikut :

Soalan 2.1 :

Terangkan 5 (lima) tugas-tugas Pembantu

...

Download as:   txt (16.7 Kb)   pdf (191.1 Kb)   docx (15.8 Kb)  
Continue for 9 more pages »