AllFreePapers.com - All Free Papers and Essays for All Students
Search

Sejarah Melayu Melaka (malay)

Autor:   •  March 17, 2011  •  Essay  •  855 Words (4 Pages)  •  1,640 Views

Page 1 of 4

UZIUM ORANG ASLI

Image

Sejarah Muzium Orang Asli bermula pada tahun 1987 di sebuah bangunan kayu yang merupakan rumah kediaman rasmi bekas Ketua Pengarah JHEOA> Kemudia pada tahun 1995 (di akhir RMKe-6) pihak JHEOA telah membina muzium baru bagi menggantikan muzium lama dengan kos RM3.5 juta. Ianya telah siap dan diserahkan kepada pihak Jabatan pada 19 Jun 1998. Muzium ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 pada 02 Mac 2000 dan dikenali dengan nama MUZIUM ORANG ASLI.

Objektif

1. Mengabadikan sejarah silam masyarakat Orang Asli sebagai bahan

sejarah.

2. Mengumpul, memelihara dan mempamerkan semula segala bentuk warisan

budaya peninggalan masyarakat Orang Asli untuk tatapan generasi akan

datang.

3. Sebagai pusat penyelidikan sejarah dan budaya serta latar belakang

masyarakat Orang Asli.

Siapa itu Orang Asli

Orang Asli merupakan sebahagian daripada kaum bumiputra di negara ini. Jumlahnya sehingga Disember 2006 ialah 141,230 orang. Ianya terdiri daripada tiga (3) Suku Bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Tiap-tiap tiga Suku Bangsa ini pula dipecahkan kepada enam (6) Suku Kaum yang mana mereka bertutur dalam pelbagai bahasa selain daripada dialek Melayu tempatan.

Negrito Senoi Melayu-Proto

Kensiu Temiar Temuan

Kintak Semai Semelai

Lanoh Semoq Beri

Jakun

Jahai Che Wong

Orang Kanaq

Mendriq Jah Hut

Orang Kuala

Bateq Mah Meri

Orang Seletar

Sudut Senoi Praaq

Senoi Praaq (The Fighting People) merupakan Pasukan Polis Hutan (PPH) yang sebilangan besarnya terdiri daripada Orang Asli. Pasukan in telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan bertindak sebagai unit bebas yang berkhidmat di kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman. Oleh kerana kecemerlangan pasukan ini membantu pasukan keselamatan menentang komunis pada masa darurat, maka pada tahun 1968 pasukan ini digabungkan dengan Pasukan Polis Hutan (PHH) sebagai Batalion 19 berpengkalan di Kem Kroh (kini Pengkalan Hulu) dan Batalion 20 berpengkalan di Kem Bidor, Perak. Pada masa ini kedua-dua Batalion ini mempunyai 2,000 orang anggota yang terdiri

...

Download as:   txt (6.4 Kb)   pdf (105.2 Kb)   docx (13 Kb)  
Continue for 3 more pages »