AllFreePapers.com - All Free Papers and Essays for All Students
Search

Frederick Taylor (malay)

Autor:   •  December 29, 2015  •  Essay  •  274 Words (2 Pages)  •  2,380 Views

Page 1 of 2

Pada tahun 1911, prinsip-prinsip Pengurusan Saintifik yang diperkenalkan oleh Frederick Winslow Taylor telah diterbitkan dan dianggap sebagai permulaan kepada pembinaan teori dalam bidang pengurusan dan organisasi. Beliau juga dikenali sebagai ‘Bapa Pengurusan Strategik’.

Frederick Winslow Taylor di lahirkan pada 20 Mac 1856, di Philadelphia, Pennsylvania Amerika Syarikat dan beliau meninggal dunia semasa berumur 58 tahun, pada 21 Mac 1915, yang disebabkan oleh influenza. Bapa beliau adalah Franklin Taylor, yang merupakan seorang peguam di Princeton dan ibu beliau Emily Annette Taylor. Frederick Winslow Taylor pernah belajar selama dua tahun di Jerman dan Perancis. Seterusnya pada tahun 1872, beliau meneruskan pelajarannya di akademi Phillips Exeter di New Hampshire, kemudian beliau telah diterima di Harvard Law. Pada tahun 1883, beliau melanjutkan pembelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Stevens Institute of Technology. Beliau bekerja sebagai pelatih di Enterprise Hydraulic Works di Syarikat Pam-Manufacturing, Philadelphia. Kemudian kerjayanya meningkat ketika berkhidmat di Syarikat Besi Midvale sebagai seorang jurutera mekanikal. Pada tahun 1886, Frederick Winslow Taylor membuat kajian dan menganalisis teknik-teknik yang seharusnya digunakan dalam penyelesaian kerja. Sehubungan itu, usaha beliau telah meningkatkan produktiviti secara cekap dan berkesan.

Pada tahun 1898, Taylor bekerja di Bethlehem, Pennsylvania di mana beliau menggunakan kepakaran untuk menyelesaikan kecekapan mesin, produktiviti dan mengenal pasti masalah. Walau bagaimanapun, pekerja beliau tidak begitu lama. Pada tahun 1901 beliau meletak jawatan daripada syarikat itu dan mula memberi tumpuan kepada pemasaran dan mempromosikan strategi pengurusan saintifik. Oleh itu, sebahagian usaha gigih, beliau telah mencipta teori, yang dikenali sebagai “Prinsip-prinsip Pengurusan Saintifik”.

Pada 19 Oktober 1906, beliau telah dianugerahkan

...

Download as:   txt (2.1 Kb)   pdf (61.3 Kb)   docx (8.4 Kb)  
Continue for 1 more page »