AllFreePapers.com - All Free Papers and Essays for All Students
Search

Students in Mathematics at Primary School Level Upsr, Pmr and Lower Secondary School High School Spm and Stpm the Good and Satisfied (malay)

Autor:   •  June 19, 2011  •  Essay  •  816 Words (4 Pages)  •  2,124 Views

Page 1 of 4

Sejak bekas Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan bahawa kelulusan pelajar dalam matematik di peringkat sekolah rendah UPSR, sekolah menengah rendah PMR dan sekolah menengah tinggi SPM serta STPM semakin cemerlang dan memuaskan , ini merupakan satu petanda bahawa penguasaan matematik dalam kalangan genarasi muda kita semakin meningkat. Matematik memainkan peranan yang amat penting dalan kehidupan kita, namun,masyarakat umum menganggap hanya segelintir manusia ganjil yang berminat dalam matematik.Tanggapan ini adalah salah. Sebenarnya matematik merupakan satu kesenian peraturan lambang-lambang dan bidang ilmu yang mengajar manusia berfikir secara logik, menurut bilangannya mahupun menurut jenisnya terhadap masalah abstrak atau masalah konkrit. Sebenarnya kemajuan dan ketamadunan manusia tidak akan diteruskan tanpa kewujudan dan perkembangan matematik.

Matematik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita dan sudah sebati dengan kehidupan kita. Dari membilang wang belanjaan sekolah kita sehinggalah jumlah simpanan wang dalam bank. Kita memerlukan matematik. Tanpa penguasaan matematik yang asas, kita akan menghadapi kesulitan menjumlahkan perbelanjaan kita. Hidup manusia kehilangan sasaran dan pedoman tanpa matematik dan peniaga akan kelam-kabut dalam menjumlah jualannya. Kalaulah ada dakwaan mesin kira-kira boleh di gantikan matematik, itupun hasil ciptaan matematik dan teknologi. Matematik sememangnya telah meniupkan harapan kepada manusia dan membangkitkan keyakinan kita bahawa dunia kita tidak akan membubuh noktah pada kemajuan yang akan kita nikmati , berikutan ilmu Matematik yang berjaya dikuasai manusia akan membolehkan kita mampu menghasilkan lebih ciptaan yang canggih dan berkesan dalam kehidupan kita.

Matematik teras kemajuan sains dan teknologi. Setiap perkembangan sains dan teknologi dimulakan dengan matematik. Misalnya dengan teori matematik E=MC, bom atom dapat dihasilkan dan sempat menyekat maraan Perang dunia kedua. Selain itu, matematik turut menjana ekonomi negara khususnya dalam bidang perindustrian berat, seperti kereta nasional, pembinaan bangunan Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpm(KLIA), Jambatan Pulau Pinang, para pereka bentuk dan jurutera perunding juga merupakan pakar matematik yang teliti, kreatif dan optimistik. Pelancaran satelit tidak dapat dijalankan tanpa kiraan matematik yang jitu, baik dari segi sudut pelancaran, kelajuan kiraan orbit mahupun penggunaan tenaganya. Penerokaan angkasawan ke angkasa lepas mustahil berjaya tanpa matematik. Tegasnya tanpa matematik, sejarah perkembangan sains dan teknologi hanya tinggal kosong sahaja, manusia tidak akan mengecapi nikmat dan kemajuan hasil daripada ilmu matematik, bangunan pencakar langit dan alat rekaan ciptaan yang canggih dan terbaru tidak akan terhasil ekoran dengan mengaplikasikan kiraan manusia yang tepat, jitu dan kreatif.

Matematik juga penting dalam

...

Download as:   txt (6.1 Kb)   pdf (88.6 Kb)   docx (12 Kb)  
Continue for 3 more pages »