AllFreePapers.com - All Free Papers and Essays for All Students
Search

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (malay)

Autor:   •  April 26, 2016  •  Research Paper  •  2,595 Words (11 Pages)  •  842 Views

Page 1 of 11

[pic 1]

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Agama dan Falsafah, Seni dan Budaya, dan Sistem Politik dan Pemerintahan Tamadun India

Kumpulan: 1

Nama : Kelly Tan Hui Yee (4332393)

Hon Hui Sing (4330234)

Liew Sue Ying (4331737)

Tan Si Ling (4329643)

Nama Tutor: Lim Mui Choo

Tarikh Sampaian: 21/10/2015


Isi Kandungan

No.

Isi

Muka Surat

1.

Pengenalan

1

2.

Agama dan Falsafah

2

3.

Seni dan Budaya

7

4.

Sistem Politik dan Pemerintahan

11

5.

Kesimpulan

12

6.

Rujukan

13


Pengenalan

Tamadun India merupakan tamadun yang tertua di dunia. Tamadun ini berlangsung sejak pra sejarah sehingga hari ini dengan berbagai-bagai perubahan kesan dari perkembangan zaman. Tidak dapat dinafikan tamadun India adalah salah satu tamadun yang sangat berpengaruh dari segi perkembangan sejarah masyarakat manusia, keagamaan, pemerintahan, sosial, budaya, seni bina dan pendidikan. Zaman kecemerlangan tamadun ini bermula pada 2800 SM di benua India dan berpusat di Lembah Sungai Indus namun berakhir pada 1800 SM (The history and civilization of Ancient India 2015). Benua kecil India terletak di antara lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Kedudukannya bersebelahan dengan tamadun Parsi di sebelah barat manakala bahagian timurnya disempadani oleh tamadun Cina.

[pic 2]

Gambar 1: Lokasi Tamadun India

Pembinaan tamadun ini merupakan hasil pertembungan dua bangsa yang utama, iaitu Indo-Aryan yand berpusat di utara India dan Dravida yang berpusat di selatan. Kedudukan geografi tamadun ini merupakan salah satu faktor yang mendorong perkembangan kebudayaan masyarakat India Utara dan India Selatan yang berpelbagaian dari segi rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan-amalan keagamaan. Proses pertembungan tersebut membolehkan interaksi yang seterusnya membawa kepada kemunculan agama Hindu dan penjelmaan system kasta. Perkembangan tamadun ini akhirnya menjadikan Tamadun India sebuah tamadun yang agung. Perkembangannya meliputi aspek agama dan falsafah, seni dan budaya dan sistem politik dan pemerintahan.

Agama dan Falsafah

Hinduisme

        Sejarah awal kemunculan agama Hindu sukar untuk ditentukan kerana agama tersebut dianggap sebagai agama semula jadi. Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama di seluruh dunia. Seterusnya, nama asal agama Hindu ialah Sanata Dharma. Ia bererti prinsip ataupun peraturan kerohanian yang kekal abadi.

...

Download as:   txt (19.8 Kb)   pdf (788.8 Kb)   docx (886.1 Kb)  
Continue for 10 more pages »