AllFreePapers.com - All Free Papers and Essays for All Students
Search

Tajuk: Kesan Perubaahan Harga Minyak Terhadap Makroekonomi

Autor:   •  February 28, 2016  •  Essay  •  710 Words (3 Pages)  •  793 Views

Page 1 of 3

Tajuk: Kesan Perubaahan Harga Minyak terhadap Makroekonomi

Pendahuluan

Minyak mempunyai kedudukan yang unik dalam sistem ekonomi dunia kerana ia merupakan sumber yang penting dalam tenaga, bahan api untuk pengangkutan, bahan mentah penting dalam proses pembuatan dan kegunaan lain-lain. Menurut laporan U.S Energy Information Administration (EIA), penggunaan minyak dunia sebanyak 91195 ribu tong sehari pada tahun 2013. Ini menunjukkan minyak merupakan bahan penting kepada aktiviti-aktiviti ekonomi di dunia.

Malaysia merupakan pengeluar minyak kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia. Pengeluaran petroleum dan cecair lain (termasuk minyak mentah, kondensat pajakan, cecair gas asli, bahan bakar bio dan keuntungan dari proses penapisan) pada tahun 2013 menghampiri 67 ribu tong sehari(bb/d). Selain itu, rizab minyak Malaysia adalah keempat tertinggi dalam Asia Tenggara selepas China, India, dan Vietnam. Menurut Oil & Gas Journal (OGJ), Malaysia telah membukitkan rizab minyak sebanyak 4 billion tong pada Januari 2014.

Disebabkan Malaysia mensasar pembangunan ekonomi dan peningkatan pembuatan, Malaysia memberi tumpuan kepada mendapatkan tenaga dengan cara yang kos efektif dan mempelbagaikan portfolio bekalan bahan api. Pada tahun 2012, Petroleum dan cecair lain merupakan sumber tenaga utama digunakan sebanyak 40 peratus di Malaysia. Gas asli sebanyak 36 peratus daripada penggunaan tenaga di Malaysia. Kira-kira 17 peratus daripada penggunaan tenaga dipenuhi oleh arang batu, Biomass dan sisa menyumbang 4 peratus manakala kuasa hidro menyumbang 3 peratus kepada jumlah penggunaan tenaga. Malaysia bergantung kepada minyak dan gas asli untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi. (EIA,2014) Malaysia berhenti subsidi petrol RON95 dan diesel pada tahun 1 Disember 2014. Kaedah pengapungan terkawal ditetapkan kepada harga jualan RON95 dan diesel. (The Malaysia Insider, 2014). Ini disebabkan harga minyak mentah yang turun-naik di seluruh dunia yang menyebabkan beberapa isu ekonomi kepada negara.

Harga minyak yang turun-naik memberi impak kepada aktiviti ekonomi kepada negara.(Shuddhasawtta Rafiq,2009). Harga minyak yang semakin meningkat akan meyebabkan kos pengeluaran menjadi semakin meningkat. Ini akan menyebabkan firma mengurangkan pengeluran dan produktiviti negara akan terjejas. Peningkatan turun-naik harga minyak akan menjejaskan pelaburan dengan meningkatkan ketidaktentuan tentang pergerakan harga pada masa depan. Minyak secara lansung berhubungkait dengan proses pengeluaran, ini mempunyai signifikasi kesan kepada inflasi, pengganguran,dan output. Tekanan dari inflasi menyebabkan permintaan berkurang, seterusnya pengeluaran dikurangkan dan pengangguran berlaku.

Kajian ini akan menyiasat kesan harga minyak kepada makroekonomi Malaysia seperti GDP, inflasi, pengangguran. Harga minyak

...

Download as:   txt (5.3 Kb)   pdf (75.2 Kb)   docx (9.7 Kb)  
Continue for 2 more pages »