AllFreePapers.com - All Free Papers and Essays for All Students
Search

Gelagat Organisasi Di Dalam Filem “devil Wears Prada’’

Autor:   •  November 30, 2016  •  Essay  •  2,126 Words (9 Pages)  •  1,133 Views

Page 1 of 9

[pic 1]

[pic 2]


[pic 3][pic 4]

Gelagat Organisasi di dalam filem “Devil Wears Prada’’.

1.0        PENGENALAN

        Setiap kumpulan atau organisasi beroperasi dalam keadaan yang berbeza. Di dalam setiap organisasi terdapat potensi-potensi yang tidak pernah diketahui oleh pengurus. Setiap organisasi mempunyai gelagat yang baik dan buruk. Antara gelagat yang baik ialah kreativiti, kepelbagaian, kerja berpasukan, ingin belajar dan mempunyai matlamat untuk dicapai. Ada juga organisasi yang mempunyai gelagat yang negatif yang kan mempengaruhi persekitaran positif di dalam organisasi. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang gelagat-gelagat yang terdapat di dalam filem “The Devil Wears Prada”, yang mana ia mempunyai gelagat yang baik dan buruk. Pada pendapat saya, filem ini sangat bersesuaian dengan apa yang dibincangkan di dalam subjek gelagat organisasi.

2.0        RUMUSAN FILEM

Di dalam filem The Devil wears Prada ini mengisahkan tentang pengalaman-pengalaman yang dilakonkan melalui watak-watak utama dari setiap tahap yang berbeza. Filem ini menyentuh setiap aspek yang penting dan yang menariknya ia menunjukkan tentang konflik yang terdapat di dalam sesebuah organisasi dan juga cabaran-cabaran di antara komitmen dengan tugas dan juga keseimbangan dalam kehidupan mereka. Di dalam cerita terdapat beberapa watak yang memainkan peranan utama yang boleh saya hubungkan dengan elemen-elemen yang terdapat di dalam subjek ini. Antara watak yang utama ialah Meryl Streep (Miranda), Anne Hathaway (Andrea Sachs – new personal assistant), Emily Blunt (Emily Charlton - First Assistant) dan Stanley Tucci (Nigel).

Serba sedikit tentang filem ini, di mana ia mengisahkan Andrea Sachs ialah seorang graduan dari Universiti Northwestern yang mencari pekerjaan dan dia telah mendapat pekerjaan di industri fesyen di mana “berjuta perempuan rela membunuh untuk jawatan itu” iaitu sebagai pembantu kepada Ketua Pengarang dari majalah Runway, Miranda Priestly. Miranda Priestly juga dikenali sebagai “Dragon Lady”. Tetapi cita-cita Andrea ingin menjadi seorang wartawan akhbar dan berpendapat Runway sebagai salah satu jambatan untuk beliau menjadi wartawan. Watak seterusnya ialah Emily Charlton yang berperanan sebagai pembantu pertama kepada Miranda Priestly. Beliau sangat gilakan kerja dan ingin menjejakkan kaki ke Paris untuk “Fashion Week”. Watak terakhir untuk kertas kerja ini ialah Nigel yang berperanan sebagai Pengarah Seni dan juga banyak membantu Andrea.

3.0 ELEMEN 1 – ASAS- ASAS GELAGAT INDIVIDU

Terdapat banyak elemen yang diterapkan di dalam filem ini, kisah sesetangah masyarakat yang berhadapan dengan boss atau ketua yang tegas dan memberi arahan yang tidak masuk akal pada dasarnya. Ia juga menggambarkan jatuh bangun seorang graduan yang memerlukan pekerjaan demi menyara hidup di kota besar New York, yang menghadapi konflik kehidupan social antara persahabatan, keluarga dan kerjaya.

Elemen pertama yang ada di dalam filem ini ialah keupayaan. Sebagai seorang yang baru di dalam bidang fesyan, pada pendapat saya Andrea seorang yang mempunyai keupyaan intelek yang tinggi. Keupayaan intelek ialah keupayaan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti-aktiviti mental sepetri membuat analisa, membuat pengiraan, pemahaman verbal, kecepatan persepsi, daya ingatan, pentaakulan unduktif dan deduktif, serta daya pengamatan spatial (Robbins, 1998). Menurut Greenberg dan Baron (2000) juga mengambil kira kecerdikan praktikal dan kecerdikan emosi sebagai sebahagian daripada elemen dalam keupyaan mental. Elemen ini digambarkan di dalam watak Andrea yang mempunyai daya ingatan yang kuat di mana dia dapat menghafal senarai nama-nama kehadiran pada malam majlis (tengok movie). Andrea juga dapat mengawal perasaan marah di hadapan ketuanya iaitu Miranda. Ini kerana kecerdikan praktikal adalah kemahiran bagi menyelesaikan masalah praktikal dalam kehidupan seharian, keupayaan mencari jalan yang paling berkesan bagi melakukan sesuatu perkara.

...

Download as:   txt (12.5 Kb)   pdf (193.6 Kb)   docx (922.7 Kb)  
Continue for 8 more pages »